Senin, 15 Februari 2010

Bunga dalam kehidupan harian

Pada masa yang moden ini, orang-orang telah menanam, membeli, memakai ataupun hanya mendekati bunga-bunga dan pokok-pokok yang sedang berbunga, sebahagiannya kerana bau bunga yang harum. Di seluruh dunia, penjual-penjual bunga menjual bunga untuk pelbagai kejadian dan majlis:

* Untuk kelahiran atau pembaptisan
* Sebagai korsaj atau bunga hiasan yang dipakai untuk majlis sosial atau untuk percutian
* Sebagai bunga perkahwinan untuk majlis perkahwinan dan perhiasan dewan
* Sebagai perhiasan untuk menerangi rumah
* Sebagai hadiah pengingatan untuk majlis selamat jalan, parti selamat pulang, dan hadiah "rindu akan anda"
* Sebagai bunga upacara pengebumian dan penyataan rasa simpati terhadap orang yang sedang berdukacita.

Penjual-penjual bergantung kepada serangkaian penanam komersil dan pengangkut untuk mendukung perdagangan ini. Untuk memperoleh bunga-bunga di luar musim negara sendiri, penjual bunga menghubungi pemborong dan pengimport yang mempunyai perhubungan langsung dengan penanam-penanam di negara lain untuk membekalkan bunga-bunga tersebut.

Bunga sebagai lambang

Banyak bunga mempunyai perlambangan yang penting dalam kebudayaan. Bidang untuk pemberian maksud kepada bunga-bunga dikenali sebagai floriografi. Sebilangan daripada contoh-contoh yang lebih biasa adalah seperti berikut:

* Bunga ros diberikan sebagai simbol untuk cinta, kecantikan, dan keghairahan.
* Bunga popi ialah lambang untuk menyenangkan hati pada masa terdapat kematian. Di United Kingdom, Australia dan Kanada, bunga popi merah dipakai untuk memperingati askar-askar yang maut dalam peperangan.
* Bunga iris/lili digunakan untuk pengebumian sebagai lambang untuk merujuk kepada "menghidupkan semula/hidup". Bunga-bunga ini juga dikaitkan kepada bintang-bintang (matahari) disebabkan kelopaknya yang kilat.
* Bunga daisi ialah lambang untuk kesucian hati.

Bunga-bunga dalam seni biasanya melambangkan alat kelamin wanita, seperti yang dapat diperlihatkan dalam karya-karya ahli seni lukis seperti Georgia O'Keefe, Imogen Cunningham, dan Judy Chicago.

Fungsi bunga

Fungsi bunga ialah untuk menjadi pengantara bagi penyatuan gamet jantan dan gamet betina. Proses ini diistilahkan sebagai pendebungaan. Banyak bunga bergantung kepada angin untuk menggerakkan debunga antara bunga-bunga spesies yang sama. Ada juga yang bergantung kepada haiwan, khususnya serangga untuk berbuat demikian. Tempoh masa yang mana proses ini dapat dilakukan (iaitu bunga telah menjadi matang dan berfungsi) digelarkan antesis.

Banyak bunga dalam [alam semula jadi]] telah dievolusikan untuk menarik haiwan-haiwan untuk mendebungakan bunga. Pergerakan-pergerakan agen pendebungaan memberikan peluang untuk penggabungan semula genetik dalam populasi tumbuhan yang tersebar. Bunga yang didebungakan oleh serangga dinamakan bunga berentomofili (secara harfiah, "cinta akan serangga").

Bunga-bunga biasanya mempunyai kelenjar yang digelarkan nektarin pada berbagai-bagai bahagiannya untuk menarik haiwan-haiwan. Burung dan lebah merupakan pendebunga yang biasa: kedua-dua haiwan ini mempunyai penglihatan warna dan memilih bunga yang berwarna-warni. Sebilangan bunga mempunyai corak-corak yang dinamakan panduan madu bunga yang menunjukkan tempat madu bunga kepada pendebunga-pendebunga; corak-corak hanya dapat dilihat oleh kita di bawah cahaya ultraunggu, tetapi corak-corak itu boleh dinampak oleh lebah-lebah dan sebilangan serangga yang lain.

Bunga-bunga juga menarik pendebunga-pendebunga melalui bau. Banyak bau adalah harum bagi kita, tetapi bukan kesemuanya. Sebilangan tumbuhan, seperti Rafflesia, titan arum, dan pawpaw Amerika Utara (Asimina triloba) didebungakan oleh lalat dan oleh itu, menghasilkan bau daging basi. Bagaimanapun, pendebunga-pendebunga tertarik kepada tumbuhan, mungkin disebabkan hendak mencari madu bunga untuk makan. Penyusunan stamen memastikan bahawa butir-butir debunga dipindahkan kepada tubuh-tubuh pendebunga. Dalam pengumpulan madu bunga daripada banyak bunga dalam spesies yang sama, pendebunga memindahkan butir-butir debunga yang terlekat pada tubuhnya antara semua bunga yang dilawati.

Bunga-bunga untuk spesies yang lain diperdebungakan oleh angin (umpamanya rumput-rumput); oleh sebab bunga-bunga ini tidak perlu menarik pendebunga, bunganya tidak begitu menonjol. Bunga-bunga yang didebungakan oleh angin dirujuk sebagai bunga beranemofi. Sedangkan butir-butir bunga berentomofili cenderung bersifat besar, melekat, serta kaya dengan protein (lagi satu "faedah" untuk pendebunga), butir-butir debunga untuk bunga beranemofili biasanya kecil, amat ringan, dan tidak mempunyai banyak nilai pemakanan kepada serangga walaupun ia masih dikumpulkan semasa kekurangan makanan. Lebah madu dan kumbang bumbel berkumpul debunga jagung secara aktif, walaupun debunga ini tidak berguna kepada serangga-serangga itu.

Terdapat banyak kekeliruan tentang peranan bunga dalam alergi. Umpamanya, pokok Solidago (bahasa Inggeris: goldenrod) yang bersifat entomofili sering disalahkan untuk rinitis alergi, walaupun debunganya bukan debunga bawaan udara. Sebaliknya, alergen untuk penyakit itu biasanya ialah debunga Ambrosia (bahasa Inggeris: ragweed) yang bersifat anemofili dan dapat melayang-layang sehingga beberapa kilometer.

Anatomi bunga

Organ-organ yang berlainan dalam tumbuhan berbunga menghasilkan dua jenis spora pembiakan, iaitu debunga (spora jantan) dan ovul (spora betina). Bagaimanapun, kedua-dua jenis spora ini berada bersama-sama dalam strobilus (iaitu sekumpulan sporofil yang kelihatan seakan-akan kon) bisporangiat (terdiri daripada mikrosporofil dan megasporofil) yang merupakan bunga yang tipikal.

Bunga dianggap sebagai tangkai terubah suai (Eames, 1961). Buku-buku pada ruas yang pendek menghasilkan struktur-struktur yang dapat diubah suai untuk menjadi daun. Pada dasarnya, sebuah struktur bunga terbentuk pada tunas terubah suai atau paksi yang mempunyai meristem apeks yang tidak bertumbuh secara berterusan. Tangkai digelarkan pedikel, dan hujungnya mempunyai torus atau pudung. Bahagian-bahagian bunga diatur dalam bentuk sepusar di sekeliling torus. Terdapat empat bahagian atau sepusar yang utama (bermula daripada bawah bungga atau buku terendah naik ke atas) seperti berikut:

* kaliks – merupakan sepusar sepal yang luar; biasanya, ini berwarna hijau, tetapi kelihatan seolah-olah kelopak dalam sebilangan spesies;
* korola – merupakan sepusar kelopak; biasanya nipis, lembut dan berwarna-warni untuk menarik serangga supaya dapat membantu proses pendebungan.
* androesium (daripada bahasa Greek andros oikia: rumah lelaki) – terdiri daripada satu atau dua sepusar stamen, dengan setiap stamen merupakan sebatang filamen yang mempunyai anter pada hujungnya untuk menghasilkan debunga. Debunga mengandungi gamet jantan.
* ginesium (daripada bahasa Greek gynaikos oikia: rumah perempuan) – terdiri daripada satu atau lebih pistil. Karpel ialah organ pembiakan betina yang mengandungi ovari serta ovul-ovul yang mengandungi gamet betina. Sebatang pistil mungkin terdiri daripada satu karpel yang tunggal atau sebilangan karpel yang digabungkan bersama-sama untuk menjadikan satu pistil bagi setiap bunga (bunga yang sebegini digelarkan apokarpa). Stigma, iaitu bahagian hujung pistil yang lekit, ialah penerima debunga. Stil, iaitu tangkai yang menyangga stigma, menjadi laluan untuk penumbuhan tiub debunga dari butir-butir debunga yang terlekat pada stigma ke ovul, dan membawa bahan-bahan pembiakan.

Penyimpangan daripada pelan struktur yang tipikal

Walaupun struktur bunga yang dihujahkan diatas dianggap sebagai pelan struktur yang "tipikal", spesies-spesies tumbuhan menunjukkan kepelbagaiaan pengubahsuaian yang luas daripada pelan ini. Pengubahsuaian-pengubahsuaian ini adalah penting dalam evolusi tumbuhan berbunga dan digunakan oleh ahli-ahli botani untuk mengasaskan hubungan antara spesies-spesies tumbuhan. Umpamanya, kedua-dua subkelas tumbuhan berbunga dapat dibezakan melalui bilangan organ bunga dalam setiap sepusar: dikotiledon biasanya mempunyai 4 atau 5 organ (atau angka kandungan 4 atau 5) dalam setiap sepusar, dan monokotiledon mempunyai tiga atau angka kandungan tiga. Sebatang pistil majmuk mungkin mempunyai hanya dua karpel, ataupun langsung tidak mempunyai kaitan dengan generalisasi monokot dan dikot yang dihuraikan di atas.

Dalam kebanyakan spesies, bunga-bunganya mempunyai kedua-dua pistil dan stamen seperti yang diperihalkan di atas. Bunga-bunga ini ditakrif oleh ahli-ahli botani sebagai sempurna, dwiseksual, atau hermafrodit. Bagaimanapun, dalam sebilangan spesies tumbuhan, bunganya tidak sempurna atau uniseks, iaitu mempunyai hanya bahagian jantan (stamen) atau betina (pistil). Dalam kes tersebut di mana sebuah tumbuhan adalah jantan atau betina, spesies itu dianggap sebagai tumbuhan diesisme. Bagaimanapun, jika bunga jantan dan bunga betina bertumbuh dalam tumbuhan yang sama, spesies itu dianggap sebagai tumbuhan monesisme.

Sebilangan bunga mempunyai kedua-dua stamen dan pistil yang berupaya untuk penswasenyawaan. Sifat ini meningkatkan kemungkinan untuk menghasilkan biji tetapi mengehadkan kelainan genetik. Kes penswasenyawaan yang keterlaluan terjadi dalam bunga-bunga yang selalu mensenyawakan sendiri, seperti bunga dandelion. Sebaliknya, banyak spesies tumbuhan mempunyai jara untuk menghalangkan penswasenyawaan. Bunga jantan dan bunga betina dalam tumbuhan yang sama tidak akan muncul pada masa yang sama, atau debunga daripada pokok yang sama tidak berupaya mempersenyawakan ovul-ovulnya. Jenis bunga-bunga terakhir ini yang mempunyai penyekat kimia untuk debunga sendiri dirujuk sebagai "mandul sendiri" atau "tak serasi sendiri" (sila lihat: Keseksualan tumbuhan).

Perbincangan tambahan tentang pengubahsuaian bunga daripada pelan asas diberikan dalam rencana-rencana bagi setiap bahagian asas bunga. Bagi spesies-spesies yang mempunyai lebih daripada satu bunga pada paksinya, koleksi bunga itu diistilahkan sebagai infloresen. Dari segi ini, perhatian mesti diambil untuk mempertimbangkan apakah itu "bunga". Umpamanya dalam istilah botani, sekuntum bunga daisi atau bunga matahari yang tunggal tidak dianggap sebagai sekuntum bunga, tetapi sebaliknya, sebagai kepala bunga — satu infloresen terdiri daripada banyak bunga yang kecil (kekadang digelarkan "floret"). Anatomi untuk setiap bunga kecil itu mungkin mengambil bentuk yang dihuraikan di atas.

Sumber : www.id.wikipedia.org

Minggu, 14 Februari 2010

Bunga

Bunga ialah struktur pembiakan untuk tumbuhan berbunga, iaitu tumbuhan-tumbuhan dalam divisi Magnoliophyta.

Bunga mengandungi organ-organ tumbuhan, dan fungsinya ialah untuk menghasilkan biji-biji melalui pembiakan. Untuk tumbuhan-tumbuhan yang bertaraf lebih tinggi, biji-biji merupakan generasi yang berikut, dan bertindak sebagai cara yang utama untuk penyebaran individu-individu sesuatu spesies secara luas. Selepas persenyawaan, sebahagian daripada bunga itu akan berkembang menjadi buah yang mengandungi biji-biji.

Bunga Kemboja

Kemboja atau semboja merupakan sekelompok tumbuhan dalam marga Plumeria. Bentuknya berupa pohon kecil dengan daun jarang namun tebal. Bunganya yang harum sangat khas, dengan mahkota berwarna putih hingga merah keunguan, biasanya lima helai. Bunga dengan empat atau enam helai mahkota bunga oleh masyarakat tertentu dianggap memiliki kekuatan gaib.

Tumbuhan ini berasal dari Amerika Tengah. Nama Plumeria diberikan untuk menghormati Charles Plumier (1646-1706), pakar botani asal Perancis. Walaupun berasal dari tempat yang jauh, kemboja sekarang merupakan pohon yang sangat populer di Pulau Bali karena ditanam di hampir setiap pura serta sudut kampung, dan memiliki fungsi penting dalam kebudayaan setempat. Di beberapa tempat di Nusantara, termasuk Malaya, kemboja ditanam di pekuburan sebagai tumbuhan peneduh dan penanda tempat. Kemboja dapat diperbanyak dengan mudah, melalui stek batang.

Plumeria saat ini populer digunakan sebagai tanaman hias outdoor awalnya tanaman ini hanya digunakan sebagai tanaman kuburan.

Sumber : www.id.wikipedia.org

Cinta bunga

Cinta Bunga Matahari

Dulu.., pernah sang bunga matahari jatuh hati kepada sang surya,
sang surya tak pernah tau akan hal itu..,

Sampai detik ini pun ia tak tau..,
bunga matahari hanya bisa menunduk saat gerhana tiba., saat dimana sang surya dan rembulan bertemu..,
Bunga matahari tak pernah bisa mengangkat wajahnya, untuk sekedar melihat kebahagiaan yang di rasakan sang surya dan rembulan,
Kelopak-kelopak indah yg merekah tiap kali sang surya tersenyum hangat kepadanya, kini saat gerhana tiba kelopak-kelopak indah itu seperti ingin menutupi kemuraman bunga matahari..,

Bunga matahari sadar, bahwa ia tak pantas untuk sang surya, ia tak ada apa-apanya di banding rembulan yang jelita,
Pernah waktu malam tiba, bunga matahari melihat rembulan saat purnama, dimana senyum penuh kerinduan sang surya yang hangat tertuju kepada rembulan, rembulan terlihat begitu berkilau indah.
Mereka terlihat saling merindukan., karena hanya waktu gerhana sajalah mereka dapat saling berjumpa.

Bunga matahari pun terkadang terpana melihat rembulan, walaupun beribu-ribu bintang cantik berada di sekitarnya, rembulan terlihat paling indah, pantas saja kalau sang surya begitu mendambakan rembulan kekasihnya.

Musim hampir berganti….,
bunga matahari semakin tumbuh menjadi bunga yang cantik, dan seiring berjalanya waktu perasaanya terhadap sang suryap masih tersimpan di hatinya, namun ia hanya menyimpan kenangan saja.
Kenangan bodoh bahwa ia pernah jatuh hati kepada sang surya.
Karena sekarang bunga matahari telah menemukan tempat untuk bersandar….,

Dimulai waktu bunga matahari tumbuh menjadi bunga yang cantik..,
Siang itu bunga matahari dengan kelopak-kelopak indahnya merekah saat sang surya begitu terik menyinari bumi,
Bunga matahari tampak begitu cantik..,
Sang pemilik kebun datang bersama istri tercintanya untuk merawat kebun bunga milik mereka itu,
Sampainya mereka di kebun mereka melihat bunga matahari begitu cantik merekah indah.,
Istri pemilik kebun begitu terpesona melihat bunga mataharinya semakin bertumbuh cantik.,
‘’sayangku.., bunga matahari yang cantik ini pasti cocok ya bersanding dengan vas kaca pemberianmu itu.,”ujar istri pemilik kebun itu dengan wajah yang berbinar-binar ”dari pada ia disini sampai kelopak-kelopaknya gugur, lebih baik bunga yang cantik ini aku taruh dikamar kita pasti akan tampak lebih indah..,’’sambil mencium bunga matahari…..,”dari pada ia disini sampai kelopak-kelopaknya gugur, lebih baik bunga yang cantik ini aku taruh dikamar kita pasti akan tampak lebih indah..,’’sambil mencium bunga matahari.
”wah ide yang bagus, aku juga setuju.., pasti bunga ini akan indah bila di letakkan di dekat jendela kamar kita dengan vas kaca pemberianku itu.,’’sang pemilik kebun itupun setuju dengan usulan istri tercintanya,
Istri pemilik kebun dengan segera mengambil pisau dan memetik bunga-bunga matahari yang telah tumbuh menjadi bunga-bunga cantik yang ada dikebun mereka itu, tak terkecuali bunga matahari yang jatuh hati kepada sang surya..,

Tak lama waktu berlalu, tiba-tiba setelah bunga matahari yang tumbuh cantik itu terpisah dari batangnya..,
mendung yang gelap menyelimuti langit..,sang pemilik kebun dan istri tercintanya itu segera berlari menuju rumah mereka untuk berteduh, karena tiba-tiba saja hujan yang deras mengiringi kepergian bunga matahari yang cantik.
Ternyata.., diam-diam sang surya tak tahan melihat kepergian sang bunga matahari.

Kini..,
Bunga matahari yang cantik telah menemukan tempat bersandar untuk menghabiskan musim panas dan masa hidupnya.., dengan vas kaca pemberian pemilik kebun untuk istri tercintanya..,
Kini ia begitu sejuk dan bahagia berada di dalam vas kaca yang selalu berisi air yang bersih..,
bunga matahari yang cantik di letakkan dan dirangkai di vas kaca oleh istri pemilik kebun,
indah dan membahagiakan…,
ya..,
Membahagiakan pemilik kebun dan istrinya..,

Jendela kaca kamar milik pemilik kebun yang bertiraikan kain berwarna hijau dan kuning gading tertiup oleh angin,tirainya yang tipis terbang mengikuti arah angin berhembus,
bersamaan itu juga bunga matahari bergoyang terkena hembusan angin.., namun bunga matahari tak goyah karena ada vas kaca yang begitu setia berdiri tegak untuk menopangnya sampai musim berganti tiba…,

Ditulis oleh : ukhty berry
Sumber : www.strodong.co.cc

Bunga

anatomi bunga
arti bunga mawar
background bunga
bagian bagian bunga
budidaya bunga
budidaya bunga mawar
bunga
bunga adenium
bunga alamanda
bunga anggrek
bunga anthurium
bunga anyelir
bunga aster
bunga bakung
bunga bougenville
bunga bugenvil
bunga bunga
bunga cempaka
bunga dahlia
bunga daisy
bunga daun
bunga edelweiss
bunga euphorbia
bunga hias
bunga indah
bunga indonesia
bunga iris
bunga jepun
bunga kamboja
bunga kana
bunga kembang sepatu
bunga kemboja
bunga kenanga
bunga kertas
bunga kol
bunga kupu kupu
bunga lili
bunga loceng
bunga lotus
bunga lps
bunga mawar
bunga mawar hitam
bunga mawar putih
bunga melati
bunga melor
bunga melur
bunga merah
bunga merak
bunga putih
bunga rafflesia
bunga raflesia arnoldi
bunga reben
bunga ros
bunga rosalia
bunga rose
bunga rossela
bunga sakura
bunga sedap malam
bunga stokin
bunga tanjung
bunga tapak dara
bunga telur
bunga teratai
bunga terompet
bunga tulip
cinta bunga
gambar bunga
gambar bunga kamboja
gambar bunga mawar
gambar bunga melati
gambar bunga sakura
gambar bunga teratai
gambar taman bunga
jenis bunga
jenis bunga mawar
kebun bunga
kembang bunga
klasifikasi bunga
koleksi bunga
logo bunga
lukisan bunga
lukisan bunga mawar
macam macam bunga
manfaat bunga
manfaat bunga mawar
menanam bunga
merawat bunga
monata bunga
nama bunga
origami bunga
photo bunga
taman bunga
taman bunga wiladatika
tanaman bunga
tanaman hias bunga
toko bunga
toko bunga online
tumbuhan bunga
vas bunga
video bunga
wallpaper bunga
wangi bunga