Senin, 15 Februari 2010

Bunga dalam kehidupan harian

Pada masa yang moden ini, orang-orang telah menanam, membeli, memakai ataupun hanya mendekati bunga-bunga dan pokok-pokok yang sedang berbunga, sebahagiannya kerana bau bunga yang harum. Di seluruh dunia, penjual-penjual bunga menjual bunga untuk pelbagai kejadian dan majlis:

* Untuk kelahiran atau pembaptisan
* Sebagai korsaj atau bunga hiasan yang dipakai untuk majlis sosial atau untuk percutian
* Sebagai bunga perkahwinan untuk majlis perkahwinan dan perhiasan dewan
* Sebagai perhiasan untuk menerangi rumah
* Sebagai hadiah pengingatan untuk majlis selamat jalan, parti selamat pulang, dan hadiah "rindu akan anda"
* Sebagai bunga upacara pengebumian dan penyataan rasa simpati terhadap orang yang sedang berdukacita.

Penjual-penjual bergantung kepada serangkaian penanam komersil dan pengangkut untuk mendukung perdagangan ini. Untuk memperoleh bunga-bunga di luar musim negara sendiri, penjual bunga menghubungi pemborong dan pengimport yang mempunyai perhubungan langsung dengan penanam-penanam di negara lain untuk membekalkan bunga-bunga tersebut.

Bunga sebagai lambang

Banyak bunga mempunyai perlambangan yang penting dalam kebudayaan. Bidang untuk pemberian maksud kepada bunga-bunga dikenali sebagai floriografi. Sebilangan daripada contoh-contoh yang lebih biasa adalah seperti berikut:

* Bunga ros diberikan sebagai simbol untuk cinta, kecantikan, dan keghairahan.
* Bunga popi ialah lambang untuk menyenangkan hati pada masa terdapat kematian. Di United Kingdom, Australia dan Kanada, bunga popi merah dipakai untuk memperingati askar-askar yang maut dalam peperangan.
* Bunga iris/lili digunakan untuk pengebumian sebagai lambang untuk merujuk kepada "menghidupkan semula/hidup". Bunga-bunga ini juga dikaitkan kepada bintang-bintang (matahari) disebabkan kelopaknya yang kilat.
* Bunga daisi ialah lambang untuk kesucian hati.

Bunga-bunga dalam seni biasanya melambangkan alat kelamin wanita, seperti yang dapat diperlihatkan dalam karya-karya ahli seni lukis seperti Georgia O'Keefe, Imogen Cunningham, dan Judy Chicago.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar